Sedekah Ibadah Qurban Muallaf Di Kuching Bermula RM1.00


RM691.00
raised from RM2,000.00
34.55%
25 donors in 61 days

* Campaign ended by PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING

Campaign started on 18-06-2019
by PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING



Help us share this campaign with others

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Dari Zaid ibn Arqam berkata: aku bertanya atau mereka bertanya: 

Wahai Rasulullah, apakah pengorbanan ini?

Jawab baginda: Sunnah bapa kamu yakni Nabi Ibrahim as.
Mereka bertanya lagi: Apa yang kami dapat daripada berkorban?

Jawab baginda: Bagi setiap bulu (haiwan korban) ada kebaikan

Mereka bertanya: Bagi bulu biri-biri?

Nabi menjawab: Bagi setiap bulu biri-biri ada kebaikan

HR Ahmad dan Ibn Majah

Oleh itu, kalau nak tangkap ayam,  jangan kejar nanti kita  penat dan ayam pun lari. Taburlah beras atau  makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang. 

Begitulah Rezeki, 

Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu.

Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang. 

Tetapi tanamlah bunga?. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah.

Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, 
tetapi kawanan yang lain juga datang :
lebah,
pepatung.
dan lainnya, juga akan datang menambah warna warni keindahan.?

Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. ?Ketika kita menginginkan?
Kebahagiaan dan Keberuntungan, 

Tanamkan kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran, Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang anugerah langsung dari Tuhan.

KEMPEN SEDEKAH SERINGGIT AIDIL ADHA 2019

Sertai Kempen SEDEKAH RM1.00 bagi menjayakan IBADAH QURBAN MUALLAF di Kuching 1440H/2019.Moga pengorbanan titisan darah yang keluar dari seekor sapi akan menjadi saksi buat kita semua sebagai PEMBELA kepada yang melakukan kebaikan kepada  umat Islam dan mengemilangkan syiar Islam.
Salurkan sumbangan anda demi keindahan Islam sejagat.

 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING (PPM-005-13-22032019) atau PERKACH merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan. 

 
PERKACH memfokuskan program kemasyarakatan dan kebajikan masyarakat asnaf dalam 8 golongan dalam Islam yang memfokuskan kepada golongan muallaf khasnya di Kuching dan Sarawak amnya. 

Walau bagaimanapun, PERKACH merupakan salah satu  tenaga penggerak aktiviti sosial Islam dalam keilmuan dan pelaksanaan Syiar Islam untuk pembinaan sahsiah dan menyebarkan seruan kebaikan serta kesedaran kepada semua masyarakat untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan kebajikan.

Tabung Aidul Adha 2019 dilancarkan sebagai dana menggemilangkan aktiviti Ibadah Qurban 2019 untuk dimanfaatkan dengan sasaran golongan MUALLAF yang miskin di Kuching dalam meningkatkan Syiar Islam.

 

Saudaraku...Saudara kita...Muallaf bertabahlah bahawa PERKACH memahami perasaan kalian, setelah masuk Islam anda :

1-Diusir oleh kaum keluarga

2-Tidak lagi mendapat harta warisan

3-Anda diejek dan diuji sangat hebat

Bersabarlah...kerana Allah memuliakan Kalian di Akhirat, Allah memasukkan Kalian dalam Syurga tanpa hisab.

Allah akan memuliakan di dunia dan di akhirat. Di dunia Allah selamatkan daripada kemusyrikan dan di akhirat kalian di selamatkan dari api neraka Jahannam.

YA ALLAH...YA RAHMAN YA RAHIM...berkatilah dan rahmatilah mereka2 yang telah membelanjakan sebahagian harta mereka sama ada dengan berwakaf, bersedekah, berzakat dan berinfaq ke HadratMU Ya ALLAH..serta kepada mereka yang menggunakan titik peluh mereka  demi untuk menyuburkan keindahan Islam setiap detik,siang dan malam..Ameen ya Razzaq..Ameen ya Mujib..ameen

Ya Allah hakikatnya mereka ingin menzahirkan berdirinya IMAN yang ada di dalam hati mereka semata2 kepada hadrat MU Ya Rahim....terimalah segala amalan soleh mereka..permudahkanlah kehidupan mereka..jika mereka sakit sembuhkanlah..jadikan mereka adalah zuriat yang terpuji dan zuriat yang sentiasa mengharap keredhaanMU ya Rahim...

Ya rahman Ya Rasulullah...Suburkan dan tambahkan harta2 mereka tanpa henti yang didatangkan dengan tanpa disangka2 dan dijangka dengan suluhan SIFAT ENGKAU YANG MAHA BERSIFAT RAHMAN... AR-RAHIM.. Ya Wahhab ,Ya Razzaq...mudah2kan ganjarannya terus mengalir dengan kekal selama2nya yang akan menjadi cahaya menerangi alam barzakh..

Jazakallahu Khair..Terima kasih yang menyumbang demi Keagungan,Kebesaran dan Keindahan Islam di Bumi Kenyalang ini.



Your Comments

RM691.00
raised from RM2,000.00
34.55%
25 donors in 61 days

* Campaign ended by PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING

Campaign started on 18-06-2019
by PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING



Recent Donations 25

 
RM30.00
Nurul Rufaidah Binti Salleh
1 week ago
RM30.00
Aziza Ariffin
"Semuga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu"
1 week ago
RM2.00
Hamba Allah
"Semoga dipermudahkan semuanya.. "
1 week ago
RM2.00
hambaNya
"semoga ibadah diterima"
2 weeks ago
RM1.00
Aisyah
"Semoga amal diterima"
2 weeks ago
RM2.00
Hamba Allah
"Semoga dipermudahkan semuanya.. "
2 weeks ago
RM20.00
Adnan Mustapha
"bismillah"
2 weeks ago
RM2.00
Hamba Allah
"Semoga dipermudahkan semuanya.. "
2 weeks ago
RM20.00
Dayang Zetty Sufinaz
2 weeks ago
RM100.00
Raudhah Azami
2 weeks ago
RM250.00
Mohd Anuar Taib
5 weeks ago
RM10.00
Norashikin Binti Abdul Hamid
"Semoga dipermudahkan urusan. "
5 weeks ago
RM10.00
Sulaiman
5 weeks ago
RM2.00
Hamba Allah
"Semoga dipermudahkan semuanya.. InshaAllah "
5 weeks ago
RM50.00
Sepawi Bin Meludin
6 weeks ago
RM20.00
Foizah Diris
"Bismillahirahmanirahim..."
6 weeks ago
RM10.00
Ismadi
"????"
7 weeks ago
RM5.00
Eyra
7 weeks ago
RM20.00
Syafiny
7 weeks ago
RM40.00
Ibnu Razak
"Ya Allah..semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kepada yg telah membelanjakan demi Islam"
8 weeks ago
RM20.00
Fadilah
8 weeks ago
RM10.00
Fathiah
8 weeks ago
RM10.00
Mohamad Fauzi Bin Ali
"Utk pembangunan umat Islam"
8 weeks ago
RM20.00
Siti Zaleha Asmat
8 weeks ago
RM5.00
Hamba Allah
"Moga Islam Terus Gemilang Di Sarawak"
8 weeks ago