Welfare Fundraising Campaign for Rumah Kita


RM3,392.00
raised from RM3,000.00
113.07%
61 donors in 340 days

For any enquiries, please contact Jomdonate at enquiry@jomdonate.com or through Whatsapp at 011-1647 4788

Campaign started on 12-09-2017
by NGO Kebajikan & Pendidikan Rumah Kita



Help us share this campaign with others

Syukur lahirmu TIDAK ke lubang najis, dicelah semak berplastik hitam, hanyut di sungai tersadai di tebing, dimamah binatang hilang anggota, ditanam saat punyai nyawa, ditinggal di surau dikala senja. 

Sungguh lahirmu anak syurga, walau tanpa bapa punyai nama. Umpama kain putih tidak berdosa. Punyai mereka berjiwa Manusia. 

KITA SEMUA PENDOSA jika dibiar terus leka.


 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Rakyat Malaysia.

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita merupakan satu badan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Tujuan badan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu dan menyelamatkan wanita yang terlanjur mahupun yang teraniaya.


Sijil Pendaftaran Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita

 

Sehingga kini Rumah Kita telah melindungi sehingga 50 orang wanita berusia antara 16 sehingga 35 tahun termasuk dua (2) wanita kurang upaya (OKU) lembam. Hasrat murni pengasas dan pengurus Rumah Kita adalah untuk mengubah stigma masyarakat yang menganggap wanita mengandung tanpa suami sebagai masalah dan beban terutama kepada keluarga dan masyarakat.

 


Barisan AJK Rumah Kita

 

Wanita ini perlu diberi sedikit ruang dan kemaafan atau peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Sebab itu, Rumah Kita diwujudkan untuk memberi perlindungan ketika mereka tidak diterima masyarakat mahupun keluarga atas alasan mahu menjaga nama baik dan maruah. Cabaran sekarang mereka perlu bimbingan menjadi insan yang lebih baik kerana mereka juga hamba Allah yang perlukan dorongan.

Kami amat memerlukan bantuan sumbangan dan derma anda untuk menampung kos operasi dan kos pengurusan, kos perbelanjaan asas Rumah Kita seperti bil-bil api, air, pakaian bayi, dan juga makanan seperti susu bayi. Jumlah sasaran yang kami tetapkan adalah sebanyak RM3,000 sebulan.


Antara bayi kecil yang berlindung dibawah Rumah Kita

 

Sehubungan dengan itu, kami mengharap agar pihak tuan-tuan/puan-puan semua dapat menghulurkan bantuan melalui platform jomdonate.com ini walaupun hanya serendah RM1 sahaja. Dengan sumbangan anda semua, Rumah Kita berharap dapat membantu wanita ini dan juga anak-anak mereka khususnya agar dapat diterima masyarakat Malaysia semua.


PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RUMAH KITA
JIKA ANDA ADALAH :-
•    Wanita hamil tanpa suami;
•    Wanita hamil tanpa kerelaan;
•    Golongan remaja bermasalah yang memerlukan perlindungan sementara.

BANTUAN SEPERTI :-
•    Pertolongan kerohanian kepada penghuni daripada pelbagai pihak (warden, agensi).
•    Penghuni mendapat kemudahan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital yang bekerjasama dengan Rumah Kita.
•    Penghuni dapat melahirkan bayi dengan selamat di hospital
•    Penghuni memperolehi skill terpilih dan motivasi secukupnya untuk pembentukan jatidiri
•    Penghuni dapat memulakan hidup baru (kembali bekerja atau pulang ke pangkuan keluarga)

KAMI BANTU URUSKAN
•    Makanan dan minuman harian
•    Urusan bersalin
•    Tanam uri 
•    Cukur jambul
•    Sunat
•    Suntikan bayi
•    Keperluan pakaian ibu dan bayi
•    Urutan selepas bersalin
•    Penjagaan sehingga 100hari berpantang
•    Urusan klinik kesihatan dan hospital
•    Urusan pendaftaran buku merah
•    Pendaftaran kelahiran di JPN

Sebarang info atau pertanyaan sila layari laman media rasmi Facebook Rumah Kita : 
@ngo.rumahkita
No : 016 - 341 1273 
Email : vimmiyasmin@gmail.com | ngo.rumahkita@gmail.com

 



Your Comments

RM3,392.00
raised from RM3,000.00
113.07%
61 donors in 340 days

For any enquiries, please contact Jomdonate at enquiry@jomdonate.com or through Whatsapp at 011-1647 4788

Campaign started on 12-09-2017
by NGO Kebajikan & Pendidikan Rumah Kita



Recent Donations 61

 
RM100.00
babyruffkins
"**LOVE**"
10 weeks ago
RM10.00
Sama sama bantu
"????"
10 weeks ago
RM20.00
Nur Hidayah
10 weeks ago
RM20.00
Apek
"For donation"
10 weeks ago
RM50.00
@doorgiftbox
28 weeks ago
RM50.00
@doorgiftbox
31 weeks ago
RM30.00
Sone
"For everyone"
32 weeks ago
RM50.00
Mrs saiful
"Utk anak2 syurga.. "
37 weeks ago
RM2.00
Azman
37 weeks ago
RM50.00
@doorgiftbox
37 weeks ago
RM100.00
Nur Hidayah
"Semoga urusan menjaga anak2 ini dipermudahkan..aaamin"
38 weeks ago
RM5.00
2016
"semoga dipermudhkan urusan puan vimmy dan seluruh ahli rumah kita. "
38 weeks ago
RM50.00
@doorgiftbox
38 weeks ago
RM20.00
Herni Azura Hashim
39 weeks ago
RM10.00
MAI
"Semoga menjadi daie Allah swt. "
39 weeks ago
RM50.00
@doorgiftbox
39 weeks ago
RM50.00
Dyla
"Semoga Allah memberikan saya dan suami zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Amin insyaallah. "
40 weeks ago
RM7.00
Elly
"Semoga menjadi daie Allah swt. "
40 weeks ago
RM10.00
Maibaf
"Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. "
41 weeks ago
RM50.00
kazareza
41 weeks ago
RM50.00
Siti Zaleha Asmat
41 weeks ago
RM100.00
NUR SHAIRAH BINTI ISMAIL
41 weeks ago
RM50.00
Nur Hidayah
42 weeks ago
RM5.00
hamba Allah
"moga saya ada rezki anak"
42 weeks ago
RM500.00
Love
"Ikhlas"
42 weeks ago
RM5.00
Nur Athirah
42 weeks ago
RM50.00
Siti Zaleha Asmat
42 weeks ago
RM5.00
me
42 weeks ago
RM5.00
Kaklong
42 weeks ago
RM50.00
@doorgiftbox
42 weeks ago
RM5.00
Kaklong
43 weeks ago
RM25.00
@doorgiftbox
43 weeks ago
RM100.00
Hariz
43 weeks ago
RM5.00
Me
43 weeks ago
RM30.00
@doorgiftbox
43 weeks ago
RM5.00
Hamba Allah
"Semoga menjadi daie Allah swt. "
44 weeks ago
RM5.00
HH
44 weeks ago
RM20.00
@doorgiftbox
44 weeks ago
RM10.00
hamba Allah
44 weeks ago
RM100.00
Hamba Allah
44 weeks ago
RM5.00
Kaklong
44 weeks ago
RM5.00
Nurul
45 weeks ago
RM5.00
Orang biasa
45 weeks ago
RM10.00
Hamba Allah
"Semoga menjadi daie Allah swt. "
45 weeks ago
RM100.00
Mrs saiful
"Semoga anak2 ni membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat"
45 weeks ago
RM50.00
Mama
"Sayangnya tengok anak2 kecil ni, rasa tenang je.."
45 weeks ago
RM50.00
asshuhada
"semoga menjdi anak soleh da solehah"
45 weeks ago
RM10.00
Nur Athirah
45 weeks ago
RM1,000.00
Ash
"Ikhlas"
45 weeks ago
RM50.00
rezakazzul
45 weeks ago
RM50.00
NURFATIN AMIRAH
45 weeks ago
RM2.00
Hamba Allah
45 weeks ago
RM50.00
Liyana azlan
"Semoga anak2 ini dpt membesar dgn sihat dan sempurna"
45 weeks ago
RM10.00
Nurliyana Mohd Yaakob
46 weeks ago
RM20.00
atie
46 weeks ago
RM20.00
somebody
46 weeks ago
RM50.00
Abc
46 weeks ago
RM6.00
nur
47 weeks ago
RM10.00
Nadhilah Rezali
47 weeks ago
RM10.00
Hamba Allah
48 weeks ago
RM20.00
Insan Prihatin
"Semoga kempen ini terus mendapat sambutan rakyat Malaysia"
48 weeks ago