
Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM 2018
Kami daripada pelajar tahun 2 dan 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah daripada Universiti Sains Islam Malaysia akan mengadakan program sukarelawan bersama keluarga miskin di Kemboja.
Apa itu Global Islamic Student Outreach (GISO)?
Global Islamic Student Outreach (GISO) merupakan satu aktiviti pengembaraan yang dilaksanakan oleh pelajar universiti dalam melakukan aktiviti sukarelawan di luar negara. Ia juga sebagai medium dalam perkongsian ilmu serta memahami budaya masyarakat antarabangsa. Program yang dilancarkan sejak tahun 2011 ini merupakan inisiatif daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam melahirkan mahasiswa yang bergraduan holistik serta berdaya saing di peringkat tertinggi dan antarabangsa terutamanya dalam aktiviti kesukarelawan, bersesuaian dengan kehendak global masa kini. Sehingga kini, terdapat lebih ratusan pengembaraan sudah dijalankan oleh pelajar di seluruh dunia seperti Filipina, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Maldives, Jepun, Korea Selatan, Australia, Poland dan sebagainya.
Lihat lagi : Mengenai GISO USIM
Kenapa kami memilih Kemboja?
Kemboja merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk beragama Islam yang sangat kecil (iaitu sebanyak 2.0% daripada jumlah penduduk Kemboja). Kebanyakan mereka tinggal di kawasan perkampungan seperti Cham, Tralach, Chanang dan sebagainya. Kebanyakkannya mereka hidup serba kemiskinan disebabkan beberapa faktor seperti sejarah dan dasar pemerintah. Ada diantaranya bekerja sebagai petani dan nelayan untuk menyara keluarga.
Lalu mengapa pilih Kemboja?

Kemiskinan dan kesempitan hidup menyebabkan kehidupan sangat sukar untuk dijalani setiap hari. Adakala, kesempitan ini menjadi kesempatan oleh pihak lain dengan cara halus untuk menukarkan agama seseorang. Adakah kita sanggup melihat saudara se-Islam kita menukar agama semata-mata untuk sekampit beras? Ya, adakala disebabkan oleh kurang didikan agama dalam diri serta kesempitan hidup yang terpaksa dihadapi sehingga menjadi sebegitu. Namun, menjadi tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk memperbaiki serta memperbetulkan perkara tersebut untuk menjaga agama kita.
GISO USIM 2018 : Titian Mahabbah di Bumi Kemboja
Kumpulan ini ditubuhkan sejak tahun 2016 oleh pelajar tahun 2 dan 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM dengan kerjasama Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) dalam melakukan misi kesukarelawan di Kemboja ini. Surat Kelulusan GISO
Butiran Program adalah seperti berikut :
Tarikh : 27 Ogos 2018 (Isnin) – 1 September 2018 (Sabtu)
Tempat : Sekitar Kampung Tralach, Chnang, Chrok Romiet dan Chnok Tru.
Ahli : Seramai 26 orang pelajar USIM, seorang pensyarah dan ahli daripada ASAS
Aktiviti yang akan dijalankan adalah :
Apa yang boleh anda sumbangkan?
Sehingga kini, kami mensasarkan sebanyak kutipan sebanyak RM30,000. Sumbangan tersebut adalah merangkumi,
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
IKRAM : +60139582864 (Pengarah)
NABIHAH : +60104521617 (Timb. Pengarah)
HIDAYAH : +601139163765 (Bendahari)
Email : [email protected]
Sumbangan yang dibuat oleh pihak Tuan/Puan bukanlah untuk kami, tapi untuk mereka yang memerlukan. Lakukanlah untuk agama kita. Semoga Tuhan memberkati setiap usaha kita yang lakukan, terima kasih.
RM50.00
RM100.00
RM100.00
RM5.00
RM200.00
RM5.00
RM10.00
RM10.00
RM500.00
RM10.00
RM50.00
RM50.00
RM10.00
RM20.00
RM50.00
RM50.00
RM50.00
RM10.00
RM5.00
RM10.00
RM50.00
RM5.00
RM10.00
RM50.00
RM10.00
RM5.00
RM10.00
RM10.00
RM50.00
RM20.00
RM100.00
RM5.00
RM50.00
RM10.00
RM100.00
RM100.00