I Need A Donation For Muhammad Furqan Dzulkarnain


RM225.00
raised from RM8,000.00
2.81%
4 donors in 46 days

For any enquiries, please contact Jomdonate at enquiry@jomdonate.com or through Whatsapp at 011-1647 4788

Campaign started on 03-07-2018
by Siti Asmahul Husnah Binti Maarof



Help us share this campaign with others

Ibu rayu bantuan, anak hidap penyakit kronik

JOHOR BAHRU - Seorang ibu dari Mersing memohon sumbangan bantuan untuk menampung perbelanjaan membeli peralatan kesihatan berupa mesin oksigen dan pendakap lutut untuk anak lelakinya yang menghidap penyakit kronik.

Surirumah, Siti Asmahul Husnah Maarof, 24, berkata, anak lelakinya, Muhammad Furqan Dzulkarnain Muhamad Firdausi, 5, dikesan autism spectrum disorders (ASD) dan attention deficit-hyperactivity disorder (ADHD) sejak berusia dua tahun.

Menurutnya, selain itu, Muhammad Furqan Dzulkarnain juga dikesan ‘Global Development Delay’ diikuti masalah sendi dan tulang kaki kiri selain menghidap jangkitan kuman khusus pada salur darah utama.

“Anak saya sangat memerlukan mesin oksigen dan pendakap kaki ini, namun saya tidak cukup dana untuk membeli ia.

“Saya sudah memohon bantuan Baitulmal, namun pihak Baitulmal memberitahu mereka boleh membiayai separuh sahaja daripada kos peralatan yang mahu dibeli ini.

“Dengan gaji suami yang tidak seberapa sebagai pekerja kedai makan, saya tiada pilihan lain untuk memohon sumbangan. Tambahan pula saya tidak bekerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Siti Asmahul Husnah berkata, beliau sebelum ini juga pernah memohon sumbangan bantuan daripada Baitulmal selepas Muhammad Furqan Dzulkarnain dikesan autisme, namun tiada maklumbalas diterima sehingga kini.

“Tetapi saya pergi lagi pejabat Baitulmal beberapa hari lepas untuk tanya mendapatkan bantuan membeli mesin oksigen dan pendakap kaki, tetapi pihak mereka memberitahu hanya boleh membantu separuh daripada kos peralatan.

“Untuk mesin oksigen, saya tidak berapa pasti berapa harganya. Manakala pendakap kaki, saya diminta untuk cari di farmasi. Bagaimanapun, semua farmasi di Mersing tidak menjual peralatan ini,” katanya.

Beliau berkata, anak lelakinya juga kini perlu berulang alik ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bergantung pada tarikh temu janji pihak hospital.

“Saya tiada kenderaan sendiri, saya terpaksa naik bas ekspres dari Mersing sekitar jam 7.15 pagi dan tiba kira-kira jam 10 pagi. Saya akan berhenti berdekatan pusat membeli belah di Tebrau, kemudian berjalan ke HSI.

“Selesai temujanji dengan pihak hospital, saya akan mengambil bas ekspres untuk pulang ke Mersing,” katanya.

Siti Asmahul Husnah berkata, anak lelakinya itu mudah diserang jangkitan kuman sekali gus senang terkena lelah dan asma.

Ditanya mengenai masa depan anaknya yang bakal menginjak usia enam tahun dan memasuki pra-sekolah, beliau memberitahu perkara tersebut antara yang dirinya runsingkan.

“Sekarang pun sudah boleh masuk pra-sekolah, malah saya sendiri sudah pergi ke banyak pusat asuhan, namun tiada yang mahu menerima anak saya.

“Tambahan pula, beliau masih memakai lampin pakai buang selain agresif. Jadi timbul kebimbangan tidak mampu untuk mengendalikan anak saya.

Ujarnya, beliau ada cuba memohon bantuan daripada rakan-rakan terdekat dan saudara mara.

“Itu pun saya minta tolong untuk tampung kos tambang pergi Johor (Bahru). Saya juga sudah mohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi ia dalam proses.

“Suami buntu. Kos untuk anak lebih dari kemampuan suami saya. Di mana mahu membeli susu dan lampin pak ai buang lagi. Jika tiba kesempitan wang, saya akan beri anak minum susu pekat manis. Anak pula dia tidak boleh terima nasi, cuma boleh makan biskut dan roti sahaja,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/ibu-rayu-bantuan-anak-hidap-penyakit-kronik-1.840931



Your Comments

RM225.00
raised from RM8,000.00
2.81%
4 donors in 46 days

For any enquiries, please contact Jomdonate at enquiry@jomdonate.com or through Whatsapp at 011-1647 4788

Campaign started on 03-07-2018
by Siti Asmahul Husnah Binti Maarof



Recent Donations 4

 
RM200.00
Muhd Rafael
"Ikhlas"
20 hours ago
RM5.00
Hamba Allah
"Semoga anak cepat sembuh.. InshaAllah.. "
23 hours ago
RM10.00
nindiawan
"semoga dipermudahkan"
2 days ago
RM10.00
Anak Haji Awang
"Semoga dipermudahkan "
3 weeks ago